PENYANYI, Al Ghazali, 21, ditemui tidak bermaya di dalam kenderaannya oleh orang awam, baru-baru ini.

Sebagaimana dilaporkan menerusi media tempatan Indonesia, penyanyi lagu Bilang Dulu Pacarmu juga merupakan anak kepada penyanyi Ahmad Dhani ini dikatakan dengan tiba-tiba menghentikan kenderaan yang dipandu di tepi jalan raya.

Difahamkan juga orang ramai yang berhampiran menghulurkan bantuan kecemasan.

Pihak berkuasa melaporkan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian tersebut.

Bahkan, sebelum ini, ada yang mendakwa Al di bawah pengaruh alkohol.

"Kami belum dapat informasi penuh kerana masih belum membuat pemeriksaan yang sepatutnya," kata Polis Daerah Metro Jaya Kombes, Argo Yuwono.

Sementara itu, bapanya berkata, kesihatan Al semakin baik dan kembali pulih.

"Kondisinya baik-baik sahaja," katanya.