Anak angkat Azharina meninggal dunia

Anak angkat Azharina meninggal dunia
Rizkie, yang merupakan anak angkat kedua Azharina, dilahirkan 5 Mac lalu.Foto/Instagram Azharina
SELEPAS dua hari bertarung nyawa, anak angkat penyanyi Azharina, Rizkie Azharin Azhar, meninggal dunia pagi tadi.

Hal itu dimaklumkan penyanyi itu menerusi satu kemas kini di Instagram, sebentar tadi.

Rizkie meninggal dunia kira-kira-kira jam 10.30 pagi tadi selepas dua hari dirawat di Hospital Putrajaya.


Laporan media sebelum ini menyebut Rizkie dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad lalu akibat demam panas, selain turut mengalami komplikasi buah pinggang, pendarahan otak, jangkitan paru-paru dan darah.

Bayi itu dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Putrajaya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sejak semalam.

Jenazah Rizkie akan disembahyangkan di Masjid Batu 14 Puchong dan dikebumikan kawasan sama masjid itu selepas waktu Asar.

Rizkie, yang merupakan anak angkat kedua Azharina, dilahirkan 5 Mac lalu.