SEBUT tentang roller coaster, ada yang kecut perut dan ada yang teruja serta tidak sabar mencubanya. Ada yang sanggup terbang beribu kilometer untuk mencubanya. Buat anda yang masih tercari-cari peluang mencabar diri sambil bercuti, jom masukkan lima lokasi roller coaster ini dalam senarai negara mesti dilawati!
#1 Takabisha
Foto: Wikipedia.org
Tarikan pertama di Fuji-Q Highland Amusement Park yang mesti dicuba. Roller coaster paling curam di dunia dengan terjunan pertama bersudut 121 darjah ini terletak di Jepun! Lebih membuatkan paras adrenalin mencanak naik ialah kelajuannya 100km/j, bolehlah anda melihat kecantikan gunung Fuji!
#2 Eejanaika
Foto: millionslight.files.wordpress.com
Juga terletak di Fuji-Q Highland Amusement Park. Permainan berketinggian 76m dan berkelajuan 126 km/j ini juga antara yang mesti dicuba. Apa yang best tentang permainan ini? Kerusi tempat duduk yang boleh berputar 360 darjah. Ada masa anda memandang ke hadapan dan ada masa ke belakang.
#3 Colossus
Foto: www.thorpepark.com
Salah satu tarikan di Thorpe Park. Colossus, beri anda pengalaman berada dalam roller coaster yang berpusing-pusing di landasan yang dibina seperti pemutar skru. Bukan sekali tetapi terdapat 10 pusingan.
#4 Formula Rossa
Foto: Wikipedia
Roller coaster terpantas di dunia yang terletak di Ferrari World di Abu Dhabi. Kelajuan permainan ini mencapai 240km/j, hampir menyamai kepantasan kereta di litar Formula One. Dan jika telah tiba di sini, rugilah jika tidak mencuba permainan Flying Aces dengan tujahan tertinggi dan kelajuan sehingga 120km/j, sememangnya memberi pengalaman 'wow' buat anda!
#5 Millennium Force
Foto: www.thorpepark.com
Roller coaster ke-14 yang dibina di taman teman ini terletak di Cedar Point Amusement Park di Ohio. Roller coaster ini telah memecahkan enam rekod dunia sebagai Giga Coaster pertama iaitu roller coaster yang melebihi ketinggian 91m dengan kelajuan 150km/j. Sehingga kini Millennium Force masih menjadi salah satu roller coaster tertinggi dan terpantas di dunia.
Ada yang teruja dan memasang impian menjejaki lokasi yang kami sebutkan, ada juga yang kecut perut. Cabaran seperti ini tidak terhad kepada jantina asalkan anda melepasi had berat dan ketinggian yang ditetapkan.
Gempak
Fri Oct 27 2017
Buat anda yang masih tercari-cari peluang mencabar diri sambil bercuti, jom masukkan 5 lokasi roller coaster ini dalam senarai negara mesti dilawati!
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Anda memang hebat jika berani naik 5 roller coaster ini
Antara yang tertinggi, terlaju dan paling ekstrem di dunia tetapi berbaloi untuk dicuba.