TIDAK dinafikan, aktres Angelina Jolie dilihat antara wanita yang luar biasa dan menjadi inspirasi terutamanya buat mereka penghidapi penyakit kanser.

Sedia maklum baru-baru ini Jolie mendedahkan bahawa beliau baru sahaja menjalani pembedahan membuang ovari dan tiub fallopio kerana bimbang sekiranya penyakit kansernya kembali menyerang sejak pembedahan membuang payu dara dua tahun lalu.

Ancaman kanser sememangnya telah lama menghantui wanita kelahiran Los Angeles ini kerana Ibu, nenek serta ibu saudaranya meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Lapan daripada anggota keluarga Jolie menjadi korban kanser dan ianya menjadi pengalaman ngeri serta berguna buat dirinya untuk membuat persediaan awal dari serangan penyakit tersebut.

"Keputusan dibuat kerana saya adalah penghidap BRCA1 dan saya mahu wanita lain tahu mengenai perkara ini. Doktor bersetuju bahawa pembedahan untuk membuang tiub dan ovari.

"Ianya adalah jalan terbaik ini kerana tiga wanita dalam keluarga saya telah meninggal dunia akibat kanser," jelas Angelina Jolie.

Meskipun sulit buat Jolie, dia yakin dengan keputusan tersebut sekuarang-kurangnya demi kebahagiaan anak-anak dan suami. Beliau tidak ingin melihat anak-anaknya bersedih dan mengetahui ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser.


angelina jolie



Angelina Jolie