Buat julung kalinya, sebuah majlis anugerah yang mengiktiraf bakat komedi tempatan bakal berlangsung pada malam ini. Majlis Anugerah Lawak Warna bakal diadakan di Istana Budaya dan disiarkan secara langsung di saluran Astro WARNA (132) dan Mustika HD (134).

Dalam kategori filem, saingan sengit pasti berlaku kepada dua buah filem iaitu Istanbul Aku Datang dan Rock Oo. Filem arahan Bernard Chauly, Istanbul Aku Datang dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Lisa Surihani, manakala filem Rock Oo arahan Mamat Khalid dibintangi oleh Que Haider, Khir Rahman dan Pekin Ibrahim.

Astro AWANI menjangkakan pelakon Que Haider (Rock Oo) dan Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang) bakal membawa pulang trofi Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita Terbaik dalam kategori filem.

Dua jaguh pengarahan, Mamat Khalid dan Bernard Chauly turut bersaing sengit dalam kategori Pengarah Komedi Terbaik (Filem). Kelebihan dilihat berpihak kepada Mamat Khalid yang berjaya menggarap filem Rock Oo dengan berkesan dan menampilkan visual era 80an dengan cemerlang.

Melihat kepada senarai pencalonan, boleh disimpulkan bahawa pencalonan terpecah kepada komedi kelas pertama dan komedi kelas ekonomi. Komedi yang menjadi tarikan masyarakat berbanding komedi bijak yang sukar dekat dengan penonton.

Apa pun tanggapan yang diberikan, Anugerah Lawak Warna telah membuka satu jalan penting kepada penggiat seni genre komedi untuk lebih meningkatkan kualiti karya mereka.

Kategori terbaik bakal dinilai oleh juri profesional, manakala penonton diberikan kuasa menerusi undian SMS untuk menentukan pemenang dalam kategori popular.

Berikut merupakan senarai penuh pencalonan akhir Anugerah Lawak Astro.
(Jangkaan pemenang oleh Astro AWANI ditandakan #)

Kategori Terbaik

1. Filem Komedi Terbaik
2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)

7. Siri TV Komedi Terbaik

8. Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik

9. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)

10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem)

11. Lakon Layar Komedi Terbaik (TV)

12. Skrip Komedi TV Terbaik

13. Skrip Komedi Filem Terbaik

14. Pengarah Komedi Terbaik (TV)

15. Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

Kategori Popular

1. Artis Lawak Lelaki Paling Popular

2. Artis Lawak Wanita Paling Popular

3. Segmen Komedi Radio Paling Popular

4. Video Viral Original Paling Popular

5. Anugerah Khas Juri