Aktres jelita, Anzalna Nasir menghadiahkan kereta Mercedes-Benz kepada ibu dan bapanya sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketiga pada Khamis.

Berita itu dikongsi oleh Anzalna di akaun Instagram peribadinya.

Dalam entri tersebut, Anzalna memuat naik sepotong video ketika berada di kedai kereta tersebut bersama suaminya, Hanif Zaki.

Berdasarkan video itu, Anzalna dan Hanif merancang untuk membuat kejutan kepada ibu bapa Anzalna dengan menghadiahkan kereta itu kepada mereka.

Pada mulanya, Hanif mengatakan kereta itu dihadiahkan buat Anzalna dan mengajak ibu dan bapa mertuanya itu pergi ke kedai kereta tersebut.

Tidak lama selepas itu, Anzalna memberi tahu kedua ibu bapanya bahawa sebenarnya, kereta itu dihadiahkan buat mereka.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, Anzalna meluahkan rasa syukur dan gembira serta berharap agar rumah tangganya bersama Hanif terus diberkati hingga ke akhir hayatnya.

"I don't know what future holds for us, but I always pray to Allah to bless our marriage and that I will be able to hold him until the very last of my breath," tulisnya.

Marriage life is beautiful when you have a deep respect for each other. Today, marks 13 years of being with @hanif_zaki , 3 years of marriage, and 3 of us this year