FILEM Pad Man beri kesan besar kepada dunia perfileman Bollywood.

Diinspirasi dari kisah benar usahawan India Arunachalam Murugunantham, kempen #PadmanChallenge diperkenalkan bagi memberitahu rakyat negara itu haid bukan sesuatu yang menjijikkan.

Bermula minggu lepas, kempen ini mendapat sambutan bukan sahaja dalam kalangan rakyat malah selebriti popular Bollywood antaranya Aamir Khan, Katrina Kaif dan Jacqueline Fernandez.

Mereka yang menyahut cabaran ini perlu mengambil gambar sambil memegang tuala wanita dan memuatnaiknya ke laman sosial.

#PadmanChallenge dimulakan Arunachalam yang menghantar tag kepada Akshay Kumar pelakon utama filem ini dan isterinya Twinkle Khanna yang bertindak selaku penerbit.

Cabaran itu kemudiannya dipanjangkan kepada Aamir Khan dan Shabana Azmi dan kini menjadi sambutan hangat bukan hanya oleh personaliti hiburan malah juga bintang sukan.

Bukan hanya untuk mempromosi filem itu, #PadmanChallenge bertujuan mengubah stigma mengenai haid.






Best Wishes #Padman @akshaykumar

A post shared by Jackie Shroff (@apnabhidu) on

Diarahkan oleh R Balki filem ini memaparkan kisah Arunachalam yang mencipta mesin membuat tuala wanita kos murah di kampungnya bagi memastikan darah haid dibuang dengan cara bersih dan sewajarnya.

Dia mendapat ilham itu selepas mendapati wanita di kampungnya tidak mampu membeli tuala wanita yang mahalk sehingga terpaksa menggunakan kain biasa dan daun.

Meskipun terpaksa membayar harga mahal kerana ditingalkan isterinya usaha Arunachalam dikitiraf pada 2014 apabila dinamakan sebagai salah seorang individu paling berpengaruh oleh majalah Time.