PELAKON, pengacara dan penerbit popular, Datuk Rosyam Nor menyifatkan individu yang bekerja di belakang tabir dalam penghasilan sesebuah filem memainkan peranan yang sangat penting.

Menurut Rosyam, mereka mampu mencorakkan pelakon dan menjadikan lakonan seseorang pelakon itu menjadi lebih hebat.

BACA: 'Jangan jatuhkan perniagaan orang' - Rosyam Nor

"Bagi saya, individu yang berada di belakang tabir dalam sesebuah filem itu memainkan peranan yang paling penting.

"Mereka mampu membuat pelakon menjadi lebih hebat kerana mereka sendiri menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi," jelas Rosyam.

BACA: Misteri Dilaila: Filem yang sarat dengan 'plot twist'

Dalam pada itu, Rosyam turut memuji hasil kerja pengarah muda Syafiq Yusof yang mengarah filem lakonan terbarunya iatu Misteri Dilaila.

"Saya tahu Syafiq memang menghasilkan filem-filem yang bermutu tinggi, jadi ketika saya ditawarkan untuk berlakon dalam Misteri Dilaila, tanpa melihat skrip terlebih dahulu, saya tidak teragak-agak dan terus menerima tawaran itu kerana percaya pada hasil kerjanya," tambahnya lagi kepada Gempak.

BACA: Misteri Dilaila pungut RM4 juta selepas lima hari tayangan

Misteri Dilaila kini sedang ditayangkan di pawagam sejak 21 Februari lalu dan telah mendapat kutipan sebanyak RM 4 juta selepas lima hari ditayangkan.

Misteri Dilalila menampilkan Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Sasqia Dahari sebagai watak utama sementara Rosyam memegang watak sebagai seorang polis yang bernama Inspektor Azman.

BACA: Rupa-rupanya Misteri Dilaila ada dua kesudahan