'Aquaman' cukur jambang demi kempen alam sekitar

'Aquaman' cukur jambang demi kempen alam sekitar
Jason Momoa mencukur jambang yang selama ini menjadi signature penampilannya bagi menyatakan sokongan terhadap kempen sayangi alam sekitar. -YouTube
BINTANG Aquaman, Jason Momoa mencukur jambang yang selama ini menjadi signature penampilannya bagi menyatakan sokongan terhadap kempen sayangi alam sekitar.

Dalam video yang dimuat naik ke YouTube berdurasi empat minit itu, pelakon itu mencukur bersih wajahnya untuk kali pertama selepas tujuh tahun untuk mempromosi kempen kesedaran keburukan sisa dan bahan plastik.
"Saya melakukan ini untuk memberi kesedaran bahawa plastik membunuh planet kita," kata Momoa yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti menggunakan plastik dan memilih aluminium.

"Apabila di lapangan terbang atau berada dalam kapal terbang, saya melihat botol air plastik yang besar sedangkan kita mempunyai air soda dalam bekas aluminium dan ia boleh dikitar semula sepenuhnya," katanya lagi.

Biarpun ia untuk tujuan baik, tindakan Momoa mencukur jambangnya menerima reaksi yang agak negatif daripada peminat setia yang lebih suka dengan penampilan sebelum ini.