ISTERI kepada penyanyi Tomok kini sedang hamil tiga minggu.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 35, berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

"Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga.

"Ayah doakan dibu di permudahkan segalanya...Arrian dengan Andra nak dapat adik!! Yeyyyyyy. Alhamdulillah..terima kasih Allah," tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut turut sama mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan semoga segalanya dipermudahkan.

Isteri Tomok, Rahayu Abbas meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan pada ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.

BACA: “Hope Kita Diberi Rezeki Timang Baby Girl” - Wish Isteri Tomok Sempena Anniversary

Tomok dan Rahayu bernikah pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman.

bismillahirahmanirahim..alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga . ayah doakan dibu di permudahkan segalanya...arrian dengan andra nak dapat adik!! yeyyyyyy . alhamdulillah..terima kasih ALLAH!!

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on