ASTRO meraih tiga trofi di Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (AKIFMA 2017) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang diadakan di Hotel Park Royal, malam semalam.
Ketua Editor Hlive dan Thinker Studios, Syazwan Zakariah meraih dua trofi Anugerah Khas Juri 1 dan Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Televisyen) di AKIFMA 2017 semalam.
"Alhamdulilah, terus terang saya tidak menyangka dengan penganugerahan ini.
"Bagaimanapun saya bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan baru dan lama yang sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada kerjaya saya selama ini," kata Syazwan.
Sementara, Elrafai Sapi daripada Rojak Daily telah meraih satu anugerah menerusi Kewartawanan Filem Terbaik (Media Baharu).
Selain tiga anugerah tersebut, AKIFMA 2017 telah meraikan wartawan hiburan dengan 9 anugerah yang lain.
AKIFMA 2017 diadakan sebagai penghargaan daripada FINAS dia atas usaha-usaha pihak media dan wartawan bagi membangunkan industri filem melalui penulisan kreatif serta kritis menggunakan media cetak, elektronik dan baru.
Turut hadir pada malam berprestij ini adalah tetamu kehormat Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Aishah binti Sultan Ahmad Shah, Pengerusi Finas, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib, Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayon dan Pengerusi WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.
Berikut merupakan senarai lengkap 12 pemenang AKIFMA2017:
1. Anugerah Penulis Pojok Terbaik
-Raja Nurfatimah Mawar Mohammed (Berita Harian)
2. Anugerah Wartawan Hiburan Muda
-Angeline Yeoh (The Star)
3. Anugerah Khas Juri 1
-Syazwan Zakariah (Astro)
4. Anugerah Khas Juri 2
-Tengku Suzana Raja Hamat (Kosmo!)
5. Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem
-Shazryn Mohd Faizal (Mstar)
6. Anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik
-Adam Salleh (Harian Metro)
7. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik *Media Baharu
-Elrafai Sapi (Astro)
8. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik *Televisyen
-Syazwan Zakariah (Astro)
9. Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik *Media Cetak
-Mumtaz Bigun (Malay Mail)
10. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 1
-Abdul Aziz Ittar (Utusan Melayu)
11. Anugerah Kewartawanan Cemerlang 2
-Rozdan Mazlan (Berita Harian)
12. Anugerah Tokoh Wartawan
-Fauziah Abdul Rauf
Gempak
Sat Nov 25 2017
Astro meraih tiga anugerah pada Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (AKIFMA 2017).
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Astro raih tiga anugerah di AKIFMA 2017
Astro meraih tiga trofi di Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia (AKIFMA 2017) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang diadakan di Hotel Park Royal, malam semalam.