PADA 29 Oktober 2020, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW.

Sempena dengan sambutan tersebut, Astro berbesar hati mempersembahkan pelbagai pengisian menarik dari saluran Oasis, NAURA dan Warna.

Antara kandungan menarik yang disediakan untuk anda sempena Maulidur Rasul tahun ini adalah ‘Life & Love with Lisa’, ‘Punchline DAC: Istimewa Maulidur Rasul’ dan telefilem ‘Iman Hakiki’ yang diterajui oleh Hisham Hamid dan Atita Haris.

Pada masa sama, Astro juga menyediakan kandungan-kandungan menarik di platform digital My Salam Muslim.

Anda boleh menyaksikan sketsa Cara Kita vs Cara Sunnah yang menunjukkan perbandingan cara orang biasa menjalani situasi atau rutin harian berbanding cara mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Bukan itu sahaja, My Salam Muslim juga akan menayangkan video muzik Hadirmu Ya Rasulullah atau Thola'al Badru yang diberi nafas baharu.

Dendangan Thola'al Badru, selawat ke atas Rasulullah yang diberi nafas baru ini dijayakan oleh Mawi, Lah Ahmad, Fadh Majid dan juara Big Stage 2020, Azzam Sham.

Dengan kandungan yang penuh bermanfaat bagi seluruh lapisan masyarakat, Astro berharap program-program istimewa sempena Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menguatkan lagi rasa cinta dan hormat terhadap Rasulullah SAW.