SELEBRITI media sosial Indonesia, Muhammad Attamimi "Atta" Halilintar telah dinamakan sebagai YouTuber pertama di Asia Tenggara yang mendapat lebih daripada 10 juta pengikut di salurannya.

Mula aktif memuatnaik video-video di salurannya sejak tahun 2016, Atta meraikan pencapaian berkenaan pada 5 Februari lalu.

Dalam post terbaru di Instagramnya, Atta dilihat terbaring di tempat tidur hospital kerana keletihan namun tetap berterima kasih kepada pengikut setianya dengan pencapaian berkenaan.

Atta Halilintar, yang mempunyai 11 adik beradik, adalah anak sulung dalam keluarga ‘Youtuber’ terkenal iaitu Gen Halilintar.

Atta, 24 tahun, terkenal sering memuat naik siaran vlog, wawancara dengan selebriti dan lawatan ke rumah selebriti di saluran YouTubenya.

Atta juga sering membawakan mesej tentang semangat tidak menyerah kalah dan cerita bagaimana dia membina kerjayanya dari sifar.