PENANTIAN 10 tahun yang berbaloi untuk peminat filem-filem dari Marvel Cinematic Universe (MCU) terbitan Marvel Studios apabila filem 'Avengers: Infinity War' menakluki pawagam-pawagam seluruh Malaysia semalam. Dan seperti yang dijangka, tiket bagi filem ini habis dijual seperti pisang goreng panas kerana filem ini sangat epik!
Filem ketiga dari siri Avengers ini merupakan filem ke-19 dalam MCU. Ia merupakan antara filem yang paling dinanti-nantikan oleh peminat serata dunia kerana akhirnya kita dapat melihat adiwira-adiwira Marvel berperang dengan Thanos - watak antagonis hebat yang akan berbuat apa sahaja asalkan tujuannya untuk mengumpul kesemua Infinity Stones tercapai. Malah, trailer filem ini sahaja telah ditonton sebanyak 171 juta kali di YouTube.
Pihak Marvel Studios dan pengarah filem ini iaitu, Anthony dan Joe Russo sangat bijak dalam memastikan filem ini tidak dibocorkan oleh pihak yang menonton filem ini lebih awal dengan melancarkan kempen #ThanosDemandYourSilence di mana hashtag ini turut disokong oleh netizen di seluruh dunia kerana mereka semua bersetuju bahawa 'spoiler' untuk filem sehebat ini sangat tidak boleh diterima.
Untuk pengetahuan anda juga, pengarah filem ini telah memberi skrip palsu kepada pelakon-pelakonnya sendiri bagi menjaga kualiti dan keterujaan filem ini.
Berbalik kepada filem, bersesuaian dengan tajuknya, Avengers: Infinity War, penonton disajikan dengan aksi 'non-stop' dari minit pertama lagi dan ia disusun dengan baik walaupun filem ini mengumpulkan 76 watak adiwira seperti Iron Man, Hulk, Captain America (tetapi dalam filem ini beliau bukan Captain America), Black Panther, dan Thor dalam satu filem. Gadingan antara watak juga amat baik.
Selain itu, filem ini juga mempunyai unsur humor yang sinonim dengan MCU tetapi jangan khuatir, ia tidak menganggu perjalanan cerita. Pengarah juga berjaya menyentuh emosi penonton menerusi adegan-adegan yang tidak disangka. Bagi menambah perisa, penonton juga berpeluang melihat sisi lain setiap adiwira yang ada dalam filem ini termasuk dapat mengenali personaliti Thanos itu sendiri.
Jika anda bukan pengikut filem-filem MCU, tetapi anda ingin menonton filem, anda haruslah menonton filem pertama terbitan Marvel Studios seperti Iron Man 1, Captain America: The First Avenger dan seterusnya kerana 'Infinity War' sangat berkait dengan filem-filem yang diterbitkan sebelum ini. Ia akan membuatkan anda lebih teruja dan anda akan bersorak di pawagan bila tiba adegan-adegan yang 'mind-blowing' dalam filem ini.
Jangan sesekali tinggalkan tempat duduk anda apabila filem ini habis walau apa pun yang berlaku kerana anda pasti tidak mahu terlepas dengan kejutan yang disajikan pada bahagian 'post credit' filem ini.
Selepas menontonnya, ingat kempen #ThanosDemandYourSilence dan jangan bocorkan jalan ceritanya! Akhir sekali, pergi tonton filem ini kerana ia sangat hebat dan epik sehingga mendapat rating yang tinggi di IMDb.
Apa-apa pun, Avengers: Infinity War penuh dengan kejutan kerana segala teori yang dibuat oleh peminat dan pengkritik filem ini, berjaya dibuktikan salah oleh pihak produksi. Namun, apa teori sebenarnya? Apa tujuan Thanos mengumpulkan kesemua enam Infinity Stones itu? Jika anda nak tahu, tontonlah filem ini!
Rating penulis: 9/10
Yuzir Harafi
Thu Apr 26 2018
Penonton juga berpeluang melihat sisi lain setiap adiwira yang ada dalam filem ini termasuk dapat mengenali personaliti Thanos itu sendiri. - Youtube / Marvel Entertainment
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Avengers: Infinity War - Epik, penantian 10 tahun yang sangat berbaloi
'Avengers: Infinity War' merupakan penantian 10 tahun yang berbaloi untuk peminat filem-filem dari Marvel Cinematic Universe (MCU) terbitan Marvel Studios apabila filem.
Peminat Marvel! Nantikan trailer terbaharu Avengers: Infinity War
Filem arahan Anthony Russo dan Joe Russo itu juga bakal menjawab persoalan watak utama manakah yang akan dimatikan.