PENYANYI Tomok memohon peminat berdoa bersamanya agar ayahnya disembuhkan daripada kesakitan dialaminya.

Ayah Tomok telah dimasukkan ke hospital akibat serangan strok.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @tomokofficial sebentar tadi.

"Ayah saya kena strok pada 13hb yang lepas menyebabkan sebelah kanan badan hingga kaki dia tidak boleh bergerak.

"Percakapan juga terganggu. Saya minta doa sahabat semua semoga di permudahkan segalanya untuk ayah saya.

"Kalau ada info apa-apa tentang proses rawatan strok boleh bagi tau saya dan kami akan iktiar semampu boleh," tulisnya.

ayah saya kena strok pada 13hb yg lepas...sebelah kanan badan hingga kaki tak boleh bergerak . percakapan juga terganggu..minta doa sahabat semua semoga di permudahkan segalanya untuk ayah saya . kalau ada info apa2 tentang proses rawatan strok boleh bagitau..kami akan iktiar semampu boleh . ayah kena kuat