Azhan Rani maafkan pemilik produk guna gambar tanpa kebenaran

Azhan Rani maafkan pemilik produk guna gambar tanpa kebenaran
Azhan juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang. - Foto Instagram/@azhan_rani
PELAKON Azhan Rani telah memaafkan pemilik produk yang menggunakan fotonya tanpa kebenaran untuk tujuan promosi.

Menerusi entri terbaharu di akaun Instagram miliknya, Azhan juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka dan menganggap isu tersebut sudah selesai.

Menurut Azhan, sebelum ini dia berkongsi beberapa keping foto pemilik produk penapis air yang menggunakan fotonya tanpa kebenaran.
Bukan niat membesarkan isu, namun itu adalah cara untuk memberi kesedaran kepada individu-indidividu tersebut supaya menghormati hak orang lain.

Dalam pada itu Azhan mengucapkan terima kasih kepada pemilik produk yang telah membuat permohonan maaf.

“Okay sebelum masuk Ramadan ke-3 ni biar aku ‘clear’ kan dulu isu ni. Kita teruskan Ramadan kita dengan damai.

"Walaupun bukanlah isu besar negara pun, aku anggap perkara ni dah selesai. Rata-rata ‘owner product’ dah pun buat permohonan maaf.

“Insya-Allah setulus ikhlas aku maafkan, tak ada ‘legal action’ pun dari aku. Itu bukan point aku, matlamat utama aku kesedaran kita dan menghormati hak orang lain,” tulisnya.

Selain itu Azhan turut menegaskan tentang pentingnya meminta izin dan meminta agar mesej kesedaran yang cuba disampaikan ini dipanjangkan kepada yang lain.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

okay sebelum masuk ramadan ke 3 ni biar aku clear kan dulu isu ni.. kita teruskan ramadan kita dengan damai. walaupun bukan la isu besar negara pun.. aku anggap perkara ni dah selesai.. rata2 owner product dah pun buat permohonan maaf.. ada yang dm senyap2 ada yang publish terus di social media.. in shaallah setulus ikhlas aku maafkan. takde apa legal action pun dari aku walaupun jujur aku kata ada yang offer untuk handle kes ni sampai ke pengadilan. itu bukan point aku.. matlamat utama aku kesedaran kita dan menghormati hak orang lain. pentingnya minta izin.. nak guna gambar tu tak salah.. bukan gambar aku je gambar siapa2 pun asalkan minta izin dan tuan punya tahu terlebih dulu. kalau betul caranya izin tu boleh je bagi percuma. itu je point aku. maaf pada tuan punya produk yang offer aku nak beri produk percuma dia.. terima kasih tapi aku tak boleh terima sebab dah lari dari tujuan asal aku.. cuma kalau sudi sampaikanlah kesedaran ni kat semua.. buat yang menggelabah cipan nama produk diaorang terpampang dalam posting aku.. maaf aku aku kena buat macam tu dan sebab tu jugalah owner produk korang sudi reply aku. in shaallah mereka janji untuk bagi kesedaran ini pada agent produk diaorang.. harap korang pun tak sia2 kan ilmu berguna dalam trainning korang dan beringat apa saja tindakan korang akan effect pada agent2 yang lain dan produk korang sendiri.. macam yang aku cakap dalam posting aku tu jugak produk yang aku sebut ni hanya contoh. setiap hari ada macam2 produk lain juga buat cara ni. jadi yang tak kena mention tak yah la lompat bintang sangat. ni untuk korang juga. ini adalah posting terakhir aku pasal ni. kalau posting ni gagal memberi kesedaran.. tak kan ada lagi kata2 daripada aku.. kita jumpa yang arif je la ya.. semoga kita sama2 dimurahkan rezeki yang diberkati . harap yang lain pun takde lagi hentam menghentam di sini❤️



Tag: Azhan Rani, foto, Instagram, undang-undang, penapis air, Ramadan, promosi, SPRM, ramadanawani1440, jendela ramadan, ramadan 1440


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.