PENGARAH filem, Aziz M. Osman selamat menimang cahaya mata sempena Hari Kebangsaan semalam.

Isterinya, Puteri Lily Lokman selamat melahirkan anak mereka tepat pada jam 10.23 malam tadi.

Berita gembira itu dikongsi oleh pengarah filem XXY menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

"31 Ogos 2018 10.23 pm... Alhamdulillah," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Aziz turut menyertakan gambar wajah isterinya bersama bayinya yang dikaburkan sedikit.

Aziz mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz.

Dalam perkahwinan Aziz sebelumnya dia turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.