KEJUTAN daripada suami sempena hari jadi dengan memberi sekotak bunga ros buat Azrinaz Mazhar Hakim terharu.

Azrinaz berkongsi kisah peribadinya itu menerusi akaun Instagramnya, @azrinazmazharhakim baru-baru ini.

Melalui entri di posting tersebut, katannya, dia baharu pulang dari Pulau Pinang menerima hadiah istimewa yang telah tersedia di atas katil.

"Dalam kehidupan saya kini, tiada perkara lain yang saya minta selain cinta mendalam, kesetian tanpa keraguan dan mengambil berat tanpa penghujung," tulisnya.

Azrinaz memberitahu pengalamannya menyambut hari jadi kali ini suatu yang istimewa kerana ia adalah pertama kali dia dan suami menyambutnya bersama.

"Perjalanan kami baru saja bermula dan semoga kami berdua hidup bahagia dengan reda ALLAH," tulisnya.

ongsinya, pada mulanya dia ingin merajuk, sebab seolah-olah tiada hadiah sempena hari istimewanya itu dari suami, rupanya kejutan itu di rumah.

Status bekas personaliti TV popular itu turut menerima pelbagai ucapan selamat hari lahir daripada netizen.

"Happy besday (selamat hari lahir) Azrinaz Mazhar Hakim, semoga berbahagia hingga jannah. Amin," kata @normiisma.

"Semoga ceria, sihat, berjaya dan bahagia dunia juga di akhirat. Amin," kata @mamacarekodiang.