FILEM The Revenant yang diadaptasi dari kisah benar pengembaraan Hugh Glass merangkul tiga anugerah utama dalam British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) Awards awal hari ini, lapor BBC.

Filem tersebut meraih anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik melalui Alejandro G Innaritu, dan Leonardo DiCaprio dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik.

Menurut Innaritu, kejayaan tersebut mengujakan. Dia turut menegaskan bakat dan komitmen DiCaprio dalam menjayakan projek yang berisiko itu telah memastikan filem itu terus bernafas.

Kiri: Aktres Pembantu Terbaik BAFTA, Kate Winslet yang membintangi filem Steve Jobs. Kanan: Pete Docter bersama trofi Filem Animasi Terbaik yang dimenangi menerusi Inside Out terbitan Disney - Foto AP


Leonardo DiCaprio menggayakan trofi ke-13 yang dimenangi melalui peranannya sebagai Hugh Glass dalam filem The Revenant - Foto AP

DiCaprio pula mengabadikan kejayaan itu kepada ibunya, Irmelin Indenbirken, dengan ucapan hari lahir yang mengharukan.

“Saya tidak membesar dalam kehidupan mewah. Saya membesar di kejiranan miskin di timur Los Angeles. Wanita ini memandu tiga jam setiap hari untuk menghantar saya ke sekolah yang baik untuk memberi peluang kepada saya. Hari ini hari lahirnya. Ibu, selamat hari lahir. Saya sayang ibu sangat-sangat.”

DiCaprio turut merakamkan penghormatan kepada para pelakon British seperti Tom Courtenay dan Gary Oldman yang telah mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.

Kejayaan The Revenant menghangatkan lagi perlumbaan memenangi Academy Awards selepas filem tersebut memenangi Golden Globes Awards namun filem Spotlight yang mengisahkan penyiasatan wartawan terhadap skandal seks gereja Roman Katolik menjadi pilihan dalam SAG Awards dan Critics Choice Awards.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang BAFTA Awards tahun ini:

Filem Terbaik
The Revenant

Filem British Terbaik
Brooklyn

Pengarah Terbaik
Alejandro G. Iñárritu
The Revenant

Pelakon Lelaki Terbaik
Leonardo DiCaprio
The Revenant

Pelakon Wanita Terbaik
Brie Larson
Room

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Mark Rylance
Bridge of Spies

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Kate Winslet
Steve Jobs

Lakon Layar Asal Terbaik
Tom McCarthy, Josh Singer
Spotlight

Lakon Layar Adaptasi Terbaik
Adam McKay, Charles Randolph
The Big Short

Rekabentuk Penerbitan Terbaik
Colin Gibson, Lisa Thompson
Mad Max: Fury Road

Filem Animasi Terbaik
Inside Out

Filem Bahasa Asing Terbaik
Wild Tales

Rekabentuk Kostum Terbaik
Jenny Beavan
Mad Max: Fury Road

Kesan Visual Khas Terbaik
Chris Corbould, Roger Guyett, Paul Kavanagh, Neal Scanlan
Star Wars: The Force Awakens

Kesan Bunyi Terbaik
Lon Bender, Chris Duesterdiek, Martin Hernandez, Frank A. Montaño, Jon Taylor, Randy Thom
The Revenant

Suntingan Terbaik
Margaret Sixel
Mad Max: Fury Road

Muzik Asal Terbaik
Ennio Morricone
The Hateful Eight

Sinematografi Terbaik
Emmanuel Lubezki
The Revenant

Solekan Terbaik
Lesley Vanderwalt, Damian Martin
Mad Max: Fury Road