USAHAWAN kosmetik yang bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri mahu mengembangkan bakat nyanyiannya di luar negara.

Menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya, Aliff memuat naik paparan skrin soalan yang ditanyakan netizen di ruangan Ask Me Question.

"Apa lagi bisnes yang bakal Datuk akan buat?" tanya soalan terbabit.

Menjawab soalan itu, Aliff berhasrat untuk mewarnai industri nyanyian di luar Malaysia.

doakan sy berjaya yaa



"Menyanyi di luar negara sebab di Malaysia bakat saya tak dihargai, dan membangunkan lot rumah banglo," jawab Aliff.

Isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida sempat meninggalkan komen di entri tersebut.

"Saya hargai lah bakat terendam tu," seloroh Shahida.

Sebelum ini, Aliff pernah tampil dengan single Abang Nak Tegur dan menjadi penyanyi undangan dalam single Nur Sajat, Makhluk Penggoda.