DUA hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah ramai yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke kampung.

Menerusi sebuah muat naik di Instagram (IG), pelakon Fasha Sandha telah berkongsi sekeping gambar menaiki pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman.

"Gembira sangat anak-anak dapat balik kampung selama tiga minggu. KTM ETS adalah cara yang paling best dan rilex untuk menuju ke Perlis. Terima kasih ETS." katanya.

Meskipun bergelar seorang artis, rata-rata peminat kagum dengan sikap bersederhana Fasha yang memilih untuk menaiki pengangkutan awam.

@KamilAmeen: "Bagus Fasha ajar anak-anak naik pengangkutan awam. Biar mereka merasa pengalaman macam kita zaman dulu-dulu."

@Shifaa123: "Bukan senang nak melihat artis menggunakan pengangkutan awam. Tahniah kak Fasha saya kagum dengan sikap bersedahana kakak ini. Apapun selamat menyambut Hari Raya."

@shahrulnizarzahir: "Semoga selamat sampai ke destinasi kak Fasha Sandha. Walaupun bergelar selebriti namun masih tidak malu menggunakan pengangkutan awam. Cayalahh."

@jaleenashariff: "Semoga selamat sampai Fasha, jaga anak baik-baik tau kerana musim perayaan ini banyak perkara bukan-bukan akan terjadi. Selamat Hari Raya".

@blingblingacik: Terbaik la. Peminat tak datang serbu ke Fasha? Selalunya kebanyakkan selebriti akan berlagak naik kereta saja."

@fazillahanimabrahim: "Sempoi! I like this attitude. Semoga selamat sampai ke destinasi."


Diharapkan agar Fasha selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju dan gembira menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi