BAPA penyanyi K-pop Roy Kim, Kim Hong Taek memohon maaf atas kelakuan anaknya yang didakwa menyebarkan foto dan video seks secara haram.

Bapanya yang juga merupakan profesor dalam jurusan pembinaan dan kejuruteraan di Hongik Universiti itu telah memohon maaf di dalam salah satu kelas pembelajaran mereka.

Difahamkan, Hong Taek memberitahu segala yang berlaku itu adalah kesalahannya kerana gagal mendidik anak.

Anak didiknya juga mengatakan, Hong Taek mempunyai perancangan untuk menghentikan kelas pembelajarannya namun disebabkan dia bakal bersara tahun depan maka dia membuat keputusan untuk meneruskan kerjayanya.

BACA: Selepas sebar rakaman seks, Seungri didakwa seleweng dana?

BACA: Sebar video seks, Jung Joon-young ditahan polis

BACA: Skandal seks K-Pop: 5 syarikat hiburan utama hilang RM2.1 bilion

Dalam pada itu, menerusi media sosial rata-rata peminat meluahkan rasa kesal dan mengecam penyanyi itu kerana memalukan kerjaya bapanya sebagai seorang profesor.

“Kesalahan anak yang teruk sehingga bapanya terpaksa melakukan perkara itu walaupun dia tidak perlu membuatnya. Harap dia berasa malu dengan kelakuannya. Bapa awak seorang profesor, menyatakan rasa maaf bagi pihaknya, apa yang dah berlaku sekarang?” komen @y_c_lee

“Roy memalukan diri, peminat dan keluarga. Saya harus katakan agak sukar untuk berdepan dengan kejadian seperti ini. Keperitan yang harus dilalui oleh bapanya setiap kali melangkah ke kampus. Sudah pasti penuh rasa malu, kesiannya…” coret @hohliu

Terdahulu, pemegang akaun dengan nama Encik Kim di dalam laman sembang kontroversi KakaoTalk yang melibatkan Jung Joon Young, Seungri dan Choi Jong Hoon itu adalah Roy Kim.

Laman sembang KakaoTalk yang melibatkan tiga nama besar itu merupakan ‘tempat’ selebriti berkenaan menyebarkan rakaman video seks secara haram. - Sumber: Allkpop