BUAT peminat Star Wars, hari ini adalah hari indah buat anda kerana treler rasmi 'The Last Jedi' sudah diterbitkan.

Baru setengah jam, ia dimuat naik ke YouTube oleh akaun rasmi Star Wars pada pagi Selasa, ia menerima lebih 400,000 tontonan.

Sedutan daripada sekuel kelapan francais filem tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada peminat.

YouTube Star Wars
Star Wars 'The Last Jedi' akan menemui penonton di pawagam seluruh dunia 15 Disember ini.