Tutup

'Beauty and the Beast' berjaya kumpul kutipan sebanyak AS$1 bilion

'Beauty and the Beast' berjaya kumpul kutipan sebanyak AS$1 bilion
'Beauty and the Beast' disenaraikan sebagai filem muzikal paling laris dan berjaya mengatasi ketupian Grease dan Chicago. -AP/Disney
Beauty and the Beast berjaya catat kutipan sebanyak AS$1 bilion di seluruh dunia, sekali gus menjadikannya filem paling laris pada 2017 setakat ini.

Memetik laporan Vanity Fair, ia juga dikatakan sebagai filem muzikal paling laris dan berjaya mengatasi kutipan filem muzikal popular sebelum ini seperti Grease dan Chicago.

Setelah berjaya menerima kutipan sebanyak AS$1 bilion, filem ini berada dalam liga yang sama dengan filem seperti The Avengers, Captain America: Civil War dan Frozen.

Disney bakal menerbitkan filem-filem pembikinan semula seperti Dumbo, Mulan, The Lion King, Aladdin, The Little Mermaid dan dijangka akan mendapat sambutan hangat susulan kejayaan Beauty and the Beast.
Diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem Beauty and the Beast ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.