Kelulusan tayangan filem 'Beauty and The Beast' di bawah klasifikasi P13 tanpa potongan diputuskan Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) dan bukannya oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).
KDN dalam kenyataan hari ini menjelaskan JKRF ialah sebuah jawatankuasa yang bebas daripada LPF yang ditubuhkan berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 dan tidak terikat dengan keputusan LPF.
"JKRF diperuntukkan kuasa untuk mengesahkan, mengubah atau mengakas keputusan LPF," katanya.
KDN berkata pandangan bahawa LPF membuat 'u-turn' atau mengubah keputusannya dalam menonton tapis filem Beauty and The Beast adalah tidak berasas.
KDN berkata LPF menonton tapis filem Beauty and the Beast itu pada 17 Feb dan memberi keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) melibatkan tiga potongan dan satu dialog disenyapkan atas asas ia mengandungi elemen mempromosi gaya hidup gay.
Menurut KDN, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan LPF boleh mengemukakan rayuan kepada JKRF dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan LPF.
Menurut KDN lagi, pihak pengeluar filem iaitu Walt Disney Pictures, Amerika Syarikat melalui syarikat Buena Vista Columbia Tristar Films (M) Sdn Bhd telah mengemukakan rayuan kepada JKRF pada 20 Mac.
JKRF menonton tapis filem berkenaan dan menimbang rayuan pihak pengeluar filem pada 21 Mac dan memutuskan untuk memberi kelulusan untuk tayangan di Malaysia di bawah klasifikasi P13 tanpa potongan (Lulus Bersih dengan klasifikasi P13), katanya.
Ia atas alasan elemen gay dalam filem tersebut adalah ringan dan tidak menjejaskan elemen positif yang dipaparkan dalam filem tersebut, katanya.
"Kewujudan LPF dan JKRF secara berasingan berdasarkan undang-undang iaitu Akta Penapisan Filem (2002) menunjukkan terdapatnya elemen semak dan imbang dalam proses penapisan filem di negara ini," kata KDN.
Mengenai penangguhan tayangan filem itu di Malaysia, KDN menjelaskan ia adalah merupakan keputusan pihak pengeluar iaitu Walt Disney Pictures dan pengedar filem, Buena Vista Columbia Tristar Films.
"Keputusan penangguhan tayangan filem berkenaan tiada kaitan dengan LPF," katanya.
Naskhah bercorak muzikal dan fantasi itu akan ditayangkan di pawagam di Malaysia esok (30 Mac).
--BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017
KDN berkata penangguhan tayangan Beauty and The Beast di Malaysia merupakan keputusan pihak pengeluar iaitu Walt Disney Pictures dan pengedar filem, Buena Vista Columbia Tristar Films.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai digesa tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
'Beauty and the Beast' berjaya kumpul kutipan sebanyak AS$1 bilion
'Beauty and the Beast' disenaraikan sebagai filem muzikal paling laris dan berjaya mengatasi kutipan 'Grease' dan 'Chicago'.
Beauty And The Beast: JKRF lulus tayangan tanpa potongan, bukan LPF - KDN
KDN dalam kenyataan hari ini menjelaskan JKRF ialah sebuah jawatankuasa yang bebas daripada LPF yang ditubuhkan berdasarkan Akta Penapisan Filem 2002 dan tidak terikat dengan keputusan LPF.
Power Rangers gagal atasi kutipan Beauty and the Beast
Jumlah kutipan Power Rangers jauh ditinggalkan filem adaptasi Beauty and the Beast.
6 perkara anda perlu tahu mengenai filem asal 'Beauty and the Beast'
Berikut adalah 6 perkara yang anda mungkin tidak tahu mengenai filem asal 'Beauty and the Beast'.
Beauty and the Beast: Rani Kulup, dua lagi NGO buat laporan polis
Abdul Rani Kulup berkata, tayangan filem itu bertentangan dengan nilai budaya dan agama yang diamalkan masyarakat negara ini.
Beauty and the Beast mula ditayangkan 30 Mac, tiada suntingan
Menurut satu kemas kini status di akaun Facebook rasmi rangkaian pawagam GSC, mengesahkan ia akan mula ditayangkan pada 30 Mac ini.
Beauty and the Beast diramal pecah rekod tayangan minggu pertama dengan kutipan tertinggi
Pemerhati filem antarabangsa meramalkan filem tersebut akan mencecah kutipan sekitar AS$170 juta menjelang pagi Isnin.
Beauty and the Beast tidak diizin siar jika adegan gay tidak ditapis - Nur Jazlan
Kerajaan tetap tidak akan membenarkan tayangan filem Beauty and the Beast jika Walt Disney enggan menapis adegan gay seperti yang dicadangkan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Disney enggan sunting filem Beauty and the Beast, tarikh tayangan belum pasti
Disney mengambil keputusan untuk menangguhkan tayangan itu ke satu tarikh yang belum ditetapkan, namun tidak akan membuat sebarang suntingan.
Wang tiket filem 'Beauty and the Beast' akan dikembalikan
Pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas meminta pelanggannya yang sudah membeli tiket filem 'Beauty and The Beast 'untuk mendapatkan kembali wang mereka susulan pengumuman penangguhan.