Pelakon warga Britain Roger Moore, yang dikenali dengan watak ejen rahsia James Bond, meninggal dunia pada usia 89 kerana kanser.

Perkara itu disahkan ahli keluarganya dalam akaun Twitter rasminya.

Beliau dilaporkan meninggal dunia di Switzerland.

12 tahun berlakon sebagai ejen 007 James Bond, membuatkan Moore menjadi jutawan dan hero pujaan seluruh dunia.