APABILA berita pertunangan Bella Dally tersiar di media, individu yang akan menjadi perhatian netizen sudah tentu aktor Nazim Othman yang pernah bergelar suami kepada aktres berkenaan.

Sebilangan besar peminat mengakui terkejut kerana Bella mendapat pengganti dalam waktu yang sangat singkat iaitu kira-kira lapan bulan selepas bercerai dengan Nazim.

Namun, ada juga yang melihat berita itu harus dilihat sebagai ketentuan kerana urusan jodoh pertemuan terletak pada Yang Maha Esa.

Dan di laman Instagram Nazim, lelaki berkenaan menerima banyak ucapan kata-kata semangat yang meminta dia banyak bersabar dalam menerima berita pertunangan bekas isterinya itu.

Bahkan, ada juga netizen yang mendoakan Nazim juga akan diberi kesempatan untuk mengecap kebahagiaan dalam perkahwinan pada masa depan.

Sebagai reaksi, Nazim merakamkan penghargaan kepada semua yang memberi sokongan padanya.

Dalam masa sama, Nazim memaklumkan, dia amat gembira mendengar berita pertunangan bekas isterinya itu.

"Jodoh ditentukan Allah... i'm happy for her and i believe Allah has a plan for me too," kata Nazim yang dipetik berkata di laman Instagram.




Nazim dan Bella mendirikan rumah tangga pada 10 September 2016 namun mahligai yang dibina selama dua tahun berakhir tahun lalu.

Pada Sabtu, Bella mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya yang hanya dikenali sebagai Arif, 34.

So many people try to read me. Ok. Read me based on this selfie.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on