MAJLIS Filem Korea mengesahkan filem konsert "Love Yourself in Seoul" adalah filem nombor satu dalam jualan tiket sebenar pada 2019.

Filem ini merupakan filem yang menayangkan persembahan daripada konsert pertama "Love Yourself" BTS di Stadium Olimpik Seoul pada Ogos 2018.

Ini bukan kali pertama BTS mengajak peminatnya menonton di pawagam.

November 2018 lalu, "Burn the Stage: The Movie" ditayangkan di 70 negara dan mencatatkan lebih 2 juta penonton di seluruh dunia.

Malah, siri YouTube Red filem ini turut menampilkan temu bual dan rakaman eksklusif di belakang tabir daripada konsert 'The Wings Tour'.

BACA: Konsert BTS di Singapura, aksi Jimin jatuh terlentang 'gamatkan' netizen

Berbeza dengan filem pertama, "Love Yourself in Seoul" menggunakan format di mana peminat boleh menikmati persembahan sama seperti dalam konsert.

'Pertunjukan bom ARMY' di mana peminat menyanyi bersama tongkat cahaya juga menjadi perhatian apabila tongkat berkenaan turut dijual di pawagam Korea sejurus selepas tiket mula dijual.

"Love Yourself in Seoul" bakal ditayangkan bermula 26 Januari ini di 95 negara di seluruh dunia.