Tutup

Benarkah Lady Gaga hamil?

Benarkah Lady Gaga hamil?
Lady Gaga bakal muncul dengan album terbaharunya tidak lama lagi. -Gambar fail
BINTANG pop dan pelakon popular Lady Gaga membuat pengumuman mengejutkan bahawa dia sedang 'hamil'.

Bagaimanapun, Gaga bukanlah mengandungkan seorang bayi, sebaliknya, dia kini sedang dalam proses melahirkan album terbaharunya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Gaga melalui laman media sosial Twitternya, pada Selasa.

Berita gembira itu muncul selepas ada cakap-cakap mengenai Gaga kini sedang hamil.

Gaga bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mendedahkan album ke enam dengan tajuk #LG6  sedang dalam proses rakaman.

BACA: Sah! Lady Gaga putus tunang
Dalam perkembangan berkaitan, Gaga juga baru-baru ini mengikut akaun Twitter Rihanna.

Timbul satu lagi cakap-cakap bahawa mereka mungkin akan berkolaborasi untuk album terbaharu ini.

Kali terakhir Gaga lancarkan albumnya adalah pada tahun 2016 menerusi album bertajuk Joanne dan antara single yang menjadi hit adalah Million Reasons dan Perfect Illusion.

Baru-baru ini Gaga berjaya rangkul kategori Runut Bunyi Terbaik pada malam Anugerah Oscar menerusi lagu Shallow.



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The best accessories. #Oscars

A post shared by The Academy (@theacademy) on


BACA: Lady Gaga, Bradley Cooper pukau penonton di Anugerah Oscar

BACA: 
'Nama pun nyanyi lagu cinta...' - Lady Gaga jawab gosip dengan Bradley Cooper