AKTRES muda, Ella Purnell menafikan gosip yang dia bakal menjadi teman wanita kepada aktor terkenal Brad Pitt.

Melalui wakilnya, Purnell memberitahu media bahawa gosip berkenaan "tidak masuk akal".

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Pitt mula tertarik dengan penampilan Purnell dalam filem "Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children" yang ditayangkan tahun lalu.

Pitt kemudiannya menawarkan Purnell untuk berlakon dalam sebuah siri televisyen terbitannya "Sweetbitter".

Hubungan mereka dikatakan mula rapat sejak itu dan Pitt dilaporkan mahu menjadikan Purnell teman wanitanya.

Wakil Pitt pula memberitahu media yang aktor berusia 53 tahun itu buat masa ini tidak menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana wanita.

Gosip yang tersebar itu membuatkan bekas isteri Pitt, Angelina Jolie naik marah kerana jarak usia pasangan itu yang sangat jauh.

Laporan portal gosip antarabangsa menyebut bahawa Jolie berang kerana Pitt tidak mengambil kira perasaan anak-anak mereka apabila bercinta dengan seorang gadis yang terlalu muda.

Pada usia 21 tahun, Purnell hanya lima tahun lebih tua daripada anak sulung Pitt dan Jolie, Maddox.