PELAWAK Shah Tapaw atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rizal Sulaiman dikritik netizen setelah mendedahkan nama anaknya di laman Instagram.

Menerusi sebuah entri di laman Instagram Shah, dia meletakkan gambar bayinya bersama sijil kelahiran yang tertera nama ‘Muhammad Putra Naruto bin Mohd Shah Rizal’.

Setakat ini, entri tersebut mendapat hampir 5,000 likes bersama lebih 500 komen. Rata-rata peminat yang meninggalkan komen mengkritik tindakan Shah yang menamakan anaknya Naruto.

Berikut merupakan antara komen yang diterima oleh Shah:

“@jieraaghazalyy - You may think that this is funny and rare. But yet the circumstances is on your son. Blame yourself if one day he's having bad depression coz evrybody keep laughing at his name. This is not cool.”

“@amirul_ammar99 - Nanti mesti anak ni kena ejek je bila dah besar, fikir panjang sblum letak, minat minat jugak, kesan akan datang tu kena fikir.”

“@farahnajihah_ - Tak kesian kan anak ke? Tak fikir masa depan anak ke? Jangan wujudkan budaya pelik, now dah 2017.”

“@mrs_iedawe - Sebab nak publisiti murahan anak jadi mangsa... Bertabahlah wahai anak.. Entah apa-apa entah.”

Namun begitu, Shah tampil memberikan penjelasan mengenai nama anaknya itu di portal Media Hiburan.

Menurut bekas peserta program realiti Bintang Mencari Bintang ini, sijil kelahiran tersebut telah pun disunting sebelum dimuatnaik ke laman Instagram miliknya.

"Sebenarnya, perkara yang dikongsi oleh saya itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun disunting dan hanyalah gurauan semata-mata dikalangan adik-beradik saya. Nama sebenar anak kedua saya ialah Muhammad Putra Iyyad.

"Pada awalnya, saya memang terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto, namun saya mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga muatnaik ke laman Instagram," kata Shah.

Anakku,jadilah anak yang soleh dan jadi lah Insan Yang berguna kepada agama dan negara.. belatihlah bersungguh2 untuk menjadi Hokage suatu hari nnt.. Amin #myson #tapawjunior #alhamdulilllah #naruto