PELAKON dan Exco Puteri Umno, Dira Abu Zahar dikritik netizen selepas memuat naik twit sindiran terhadap status Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi entri di Twitter, Dira memuat naik status berbaur usikan terhadap Syed Saddiq dan tindakannya itu dipersoal oleh netizen.

“Yang berhormat? Or more like Yang budak-budak,” tulisnya.

Status itu sebagai respon terhadap twit Syed Saddiq berhubung kekalahan Liverpool 1-3 ke atas Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Syed Saddiq dalam gurauan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penjaga gol The Reds, Loris Karius.

“Saya sarankan SPRM siasat keeper Liverpool. Hahahahaha,” tulisnya.

Netizen yang terkesan dengan status Dira kemudiannya membalas status itu antaranya;

Che Mat: “Rakyat dah pilih dia.. dia pun 3 kali Asian Best Debater yer.. ko ada ker?”.

BenFaridAzhar: “Masih nak bersuara lagi ke tu? Diam sudah. Anyway at lease he has a high rank position to make a change for the country at the age of 26, kau dah tua gini ade ape ye?”

Pok Yehh: “Takkan 24 jam dia nak tweet pasal politik dan benda serius. Kau ingat dia robot ke? Have a life la dira.. Nak sindir pun biar cerdik!”

Dira kemudiannya memberi maklum balas sambil menjelaskan beliau tidak memberi kata-kata cemuhan terhadap Syed Saddiq.

“Haaa ok lah.. tak cakap yang buruk pun pasal dia. Yang budak-budak. Comelah kan," tulisnya.

Dalam aksi final itu, Real muncul sebagai juara buat kali ke-13 selepas menumpaskan Liverpool di Stadium Olimpik Kyiv.

Kekalahan skuad bimbingan Jurgen Kloop itu sedikit sebanyak disebabkan kesilapan penjaga gawang yang memberi gol mudah yang dijaringkan Karim Benzema pada m-51.

Karius sekali lagi membuat kesilapan dengan membenarkan gol ketiga Real yang disempurnakan oleh Gareth Bale pada m-83.

Gol tunggal Liverpool pula hadir pada m-55 hasil jaringan Sadio Mane. - Sumber: Sinar Harian