SUAMI kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob tidak meletakkan sebarang syarat untuk karier lakonan isterinya selepas berkahwin 9 November lalu.

Menurut Raf, dia tidak sesekali menghalang kerjaya Mawar kerana memahami berlakon adalah jiwanya.

“Sejak awal hubungan kami pun saya dah beritahu Mawar bahawa saya tidak akan menghalang dia berlakon.

“Itu minat dia dan saya akan sentiasa berikan sokongan kepadanya kerana itu adalah adalah sebahagian daripada sumber rezeki dia.

“Cuma saya beritahu bila dah jadi isteri mungkin dia perlu teliti untuk skrip dan juga jalan cerita perlu ditapis.

“Sebab kalau berlakon tak semestinya kena bersentuhan, ada sahaja pelakon yang tidak memilih untuk melakukan perkara itu seperti sahabat saya Izzue Islam,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Mawar mengakui dia juga akan lebih tegas dan berhati-hati untuk berlakon selepas ini.

“Sebenarnya perkara itu bukanlah syarat daripada Raf sebaliknya kehendak saya sendiri. Saya juga tidak mahu mensia-sia kepercayaan yang Raf berikan.

“Saya juga ada berkata kepada Raf, selepas berkahwin saya tak akan melakonkan babak bersentuhan. Saya akan cuba elakkan dan itu adalah pendirian saya.

“Selepas bergelar isteri saya akan lebih peka, tegas dan berhati-hati dalam pemilihan skrip,” ujarnya.

BACA: Sekali lafaz, Mawar Rashid sah bergelar isteri Raf Yaakob

Foto: Instagram Mawar Rashid / Raf Yaakob

Teks oleh: Mya Amri