KHABAR angin bertiup kencang mengatakan bahawa anggota kumpulan sensasi Korea Selatan Super Junior, Kyuhyun bercinta dengan watak wanita dalam video muzik (MV) terbaharunya yang berjudul “Time With You”.

Dalam MV tersebut, Kyuhyun dilihat membuat senarai dan menyimpan rekod semua perkara yang digemarinya termasuk “Her” yang berserta dengan beberapa keeping gambar yang tidak menampilkan wajah wanita tersebut.

Oleh itu, timbulnya pelbagai spekulasi tentang identiti sebenar wanita misteri tersebut.

Ada juga yang tertanya-tanya sama ada Kyuhyun ingin memberikan petunjuk bahawa beliau sedang bercinta dan wanita berkenaan merupakan teman wanitanya.

Namun, Kyuhyun menyangkal spekulasi dan berkata wanita tersebut merupakan model dalam MV tersebut dan mereka tidak pernah berjumpa ketika pembikinan MV itu.



Maknae (anggota paling muda) Super Junior itu membuat penjelasan tersebut menerusi muat naik di laman Instagram peribadinya.



“Adakah anda mendengar lagu “Time With You”? Terdapat salah faham yang timbul.

“Wanita dalam video muzik video khas merupakan model dan kami tidak pernah bertemu sepanjang penggambaran MV tersebut.



“Saya sungguh sedih kerana sudah lama saya tidak bercinta. Saya sangat sunyi!! Saya tidak ingat cara untuk memulakan hubungan cinta,” katanya menerusi entri Instagramnya dalam pada Khamis.

Beliau juga berharap mesej yang ingin disampaikan dapat diterjemah kepada pelbagai bahasa supaya peminat dari luar negara tidak salah faham.

Adakah anda juga tertanya-tanya tentang identiti gadis misteri tersebut? Kongsikan pendapat anda di bahagian komen di bawah!