SELEPAS desas-desus mengatakan hubungan rumah tangga mereka umpama retak menanti belah, pelakon Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle membuktikan dakwaan tersebut tidak benar.

Farid Kamil menerusi akan Instagram (IG) peribadinya telah memuat naik foto bersama Diana serta anak-anak mereka buat sekian kalinya.

Kali terakhir Farid dilihat memuat naik foto bersama isteri ketika menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersempena ulang tahun Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Disember tahun lalu.

Menerusi entri tersebut Farid memberi membayangkan dia dan isteri sudah bersatu dan masih kukuh bersama.

"Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

"Kami tak ramai tapi kami ada #x," tulisnya.

Entri berkenaan mendapat perhatian daripada Diana yang turut memberikan komen

"Alhamdulilah, Allah lindungi keluarga kita," tulis Diana.

Diana juga menerusi IGnya turut memuat naik fotonya terbaharu bersama Farid dan dalam masa yang sama memberikan kata-kata positif menerusi kapsyennya.

...and when the sky is dark, no human is capable of making the world turn to face the sun but the Almighty. Those who are going through hardships are in the dark, but Allah loves and guides those who are patient. We are within His orbit, so fear and worry not...