ANAK sulung kepada pasangan Hollywood terkenal, David dan Victoria Beckham, Brooklyn akui kurang selesa dengan perhatian yang diberikan ketika berada di kolej.

Brooklyn berkata, dia sering diganggu dan menjadi perhatian peminat wanita yang teruja bertemu dengannya.

Bagaimanapun kata Brooklyn, suasana kurang selesa itu berlaku ketika dia mula-mula mendaftarkan diri sebagai pelajar kolej.

“Saya sangat sukakan suasana dan okay sahaja dengan pelajar-pelajar di sekolah. Tetapi tak sangka pula ada beberapa perangai peminat di sekolah yang menyebabkan saya terpaksa menegur kelakuan mereka.

“Sampai kadang-kadang saya terpaksa berkata, bertenang! Saya akan berada di kolej ini selama empat tahun,” katanya seperti yang dilapor TeenVogue.

Dalam pada itu, Brooklyn memberitahu keadaan itu semakin baik dan menghormati dirinya sebagai salah seorang pelajar di kolej tersebut.

“Mereka mula memahami dan menghormati saya dan suasana juga agak berbeza dengan waktu saya mula-mula masuk ke sini.

“Mungkin mereka terkejut waktu mula-mula dahulu jadi tak mengapa,” jelasnya.

Brooklyn merupakan penuntut jurusan fotografi di Parson School of Design, New York.