Tutup

Beto Kusyairy bersih kontroversi

KUALA LUMPUR: Beto Kusyairy tidak ralat apabila perlu mengambil masa yang agak lama untuk menempa populariti.

Mengakui sedikit memilih dia juga berhati-hati agar tidak dipalit kontroversi dengan cara sedar tempat berpijak dan tidak mengejar populariti.

Menjadikan lakonan sebagai punca rezeki, sehingga kini Beto berjaya mengekalkan imej bersihnya.

Bermula di sebalik tabir sebagai pelakon aksi lasak, Beto membina kerjaya di pentas teater sebelum ke layar perak.
Pelakon berusia 32 tahun ini dalam penggambaran filem ‘Gila Baby’ di samping Sharnaaz Ahmad dan Nadiya Nissa.