Foto yang dimuat naik oleh akaun Instagram milik syarikat rakaman FMC Music mencetuskan tanda tanya netizen.

Akaun Instagram terbabit berkongsi foto seorang wanita yang sedang menyarungkan cincin di jari manis Bintang Paling Popular ABPBH31, Wany Hasrita.

Serius ke @wanyhasrita sudah dilamar?

A post shared by FMC Music (@fmcmusic) on


"Serius ke @wanyhasrita sudah dilamar?" tertulis di bahagian kapsyen.

Di bahagian komen entri terbabit, rata-rata peminat mula berspekulasi dan berteka-teki adakah benar penyanyi kegemaran mereka kini sudah bergelar tunangan orang.

Wany turut meninggalkan komen pendek, 'Euw' di entri terbabit.



Ada juga peminat yang meneka dan merasakan foto terbabit merupakan salah satu adegan yang dimuatkan dalam muzik video lagu duet terbaru Wany bersama Tajul yang berjudul Aku Serius.

Foto: Instagram FMC, Pesona Pengantin