Ingat lagi akan insiden di mana penyanyi antarabangsa Beyonce dikecam kerana mempersembahkan lagu yang berbaur perkauman di pentas Super Bowl, Februari lalu.

Pesembahan lagu ‘Formation’ itu turut dianggap mempunyai mesej anti-polis, dan mencetus kemarahan segelintir pihak.

Susulan itu, kempen #BoycottBeyonce turut dilancarkan di media sosial untuk menyuarakan bantahan, namun peminat setia menggunakan hashtag tersebut untuk menyampaikan sokongan mereka.

Baru-baru ini, penyanyi yang lebih mesra dipanggil sebagai “Queen Bee’ itu membalas semua kecaman itu dengan cara yang terbaik.

Lagenda Pop itu menjual barangan ikonik seperti baju t-shirt, casing telefon bimbit dengan tulisan “Boycott Beyonce” - hashtag yang dilancarkan oleh penentangnya, sebelum ini.

Barangan tersebur telah dijual di konsert jelajahnya di Miami, yang berlangsung pada Khamis lalu.


Konsert di Miami merupakan konsert pertama jelajah beliau, Formation of World Tour.

Menurut Beyonce, sesiapa yang menggangap mesejnya sebagai anti-polis merupakan satu tanggapan yang salah.

“Saya sangat menghormati pegawai polis dan keluarga mereka atas pengorbanan yang diberikan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

"Saya menentang keganasan polis dan ketidakadilan. Itu adalah dua perkara yang berlainan. Jika meraikan budaya ketika Black History Month membuat sesiapa tidak selesa, jangan lupa perasaan itu wujud bahkan sebelum saya melancarkan video tersebut,” kata Beyonce.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Beyonce dan menggangap ia sesuatu yang luar biasa.

Menurut mereka, hanya Beyonce dapat menangani kecaman dengan cara yang menakjubkan.