Penyanyi Amerika terkenal, Beyonce Giselle Knowles ataupun dikenali sebagai Queen B menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-34, semalam (waktu Malaysia).

Beyonce dilahirkan pada 4 September 1981 di Houston, Texas.

Bukan sahaja penyanyi terkenal, Beyonce juga pernah membintangi beberapa filem Hollywood seperti Dream Girls, Obsessed dan Epic.

Dengan pengikut seramai 44.6 juta orang di Instagram, penyanyi lagu "711" itu adalah salah seorang selebriti yang paling popular dan dihormati sepanjang masa.

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau, media sosial kini dibanjiri ucapan selamat hari jadi menerusi hashtag #HappyBirthdayBeyonce.

Ramai peminat menyampaikan ucapan hari jadi serta doa kepada penyanyi kesayangan mereka di media sosial.









Bukan sahaja peminat, wanita pertama Amerika, Michelle Obama dan rakan industri hiburan turut tidak melepaskan peluang untuk melahirkan ucapan selamat hari jadi kepada Beyonce.