Rakyat Malaysia meletakkan penyanyi pop antarabangsa, Justin Bieber, mendahului senarai video yang mencatat kenaikan tontonan di Malaysia paling tinggi menerusi laman video YouTube sepanjang tujuh hari lalu.

Bieber menepis penyanyi yang paling disebut-sebut minggu lalu, Adele yang menduduki tangga kedua.

Video terbaru Hello nyanyian Adele mencatat rekod apabila mendapat lebih 50 juta tontonan seluruh dunia sejak dilancarkan, namun lagu Sorry masih menjadi carian utama oleh rakyat Malaysia.

Berikut merupakan senarai lengkap video yang paling dicari oleh rakyat Malaysia minggu lalu:

1) Sorry - Justin Bieber

Sorry oleh Justin Bieber

Single terbaharu dari album terbaharu Bieber, Purpose yang bakal dilancarkan 13 November ini.

2) Adele - Hello

Hello oleh Adele

Bukan sesuatu yang pelik memandangkan video lagu ini mencatat sejarah tontonan paling tinggi dalam tempoh 24 jam, iaitu 27.7 juta.

3) Stitches - Shawn Mendes

Stitches oleh Shawn Mendes

`Stitches’ mendapat tumpuan selepas Mendes menewaskan banyak nama-nama popular lain seperti Jess Glynne dan James Bay, untuk anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah MTV Eropah.

4) Hotline Bling

Hotline Bling oleh Drake

Koreografi mencuit hati dalam video muzik lagu nyanyian Drake ini menjadikan ia viral.

5) Twice

Like OOH-AHH oleh Twice

Twice, kumpulan wanita KPop mengeluarkan single mereka `Like OOH-AHH’ dan telah mencecah tontonan 5 juta dalam masa enam hari.