"MAY the best man win!"

Itulah yang boleh digambarkan tentang saingan sengit dalam pentas akhir Big Stage 2020 apabila ia dikuasai oleh rata-ratanya 'kumbang' tanpa sekuntum 'bunga'.

Selepas penyingkiran peserta wanita terakhir Farisha Iris, pentas akhir Big Stage dikuasai peserta lelaki iaitu Fadh Majid, Usop, Qody Rany, Dinnie Rashid, dan Azzam Sham.

Ini merupakan pertama kali dalam sejarah program yang melahirkan juara Sarah Suhairi dan Han Byul didominasi peserta lelaki.

Selepas minggu demi minggu, cabaran demi cabaran, Ahad ini mereka bakal bersaing untuk merebut gelaran juara.

Melihat kepada prestasi peserta, Azzam Sham dan Usop antara yang menjadi pilihan netizen untuk bergelar juara musim ini.

Namun tidak boleh dinafikan Fadh Majid yang dilihat sebagai peserta underdog juga mungkin mampu bergelar juara kerana peningkatan yang ditunjukkan minggu demi minggu.

Persaingan sengit juga boleh diberikan oleh Qody Rany dan Dinnie Rashid yang sentiasa memberikan kejutan dalam persembahan mereka.

Minggu akhir menyaksikan setiap peserta ditugaskan untuk menyanyikan dua buah lagu pilihan iaitu lagu berentak laju dan perlahan untuk tema Ultimatum.

Berikut merupakan senarai lagu yang akan dipersembahkan oleh peserta Big Stage pada malam finale.

Lagu yang akan dipersembahkan pada malam finale
 
Juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000.

Program yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad akan bersiaran secara langsung di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) serta di Astro Ria dan Astro Ria HD jam 9 malam.

Siapakah pilihan anda untuk menjadi juara Big Stage tahun ini?