PUTRAJAYA:Menyanyikan lagu seorang bintang terkemuka bukan mudah.

Lebih-lebih lagi menyanyi lagu milik penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Cubaan peserta Big Stage, Azzam Sham menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di pentas akhir Big Stage telah mendapat pujian oleh Siti.

Menurut Siti, beliau sangat menghargai persembahan yang sangat bertenaga daripada Azzam Sham.

"Azzam terima kasih kerana menyampaikan lagu saya dengan cara tersendiri," katanya melalui ciapan di laman Twitter

Pada malam ini setiap peserta akan membawakan dua buah lagu yang bertemakan Ultimatum.