Tutup

"Bila dah ada cap di dahi sebagai penagih" - Radhi OAG luah isi hati

"Bila dah ada cap di dahi sebagai penagih" - Radhi OAG luah isi hati
"Kadang-kadang kita selalu tidak menepati janji, bila bercakap kita jadi tidak ingat," kata Radhi.
PENYANYI kumpulan OAG, Radhi akui kini dalam proses pemulihan di Rumah Pengasih.

Menurut Radhi atau nama penuhnya Mohd. Radhi Razali, dia memberikan komitmen sepenuhnya untuk menjalani proses pemulihan bagi mendapatkan rawatan ketagihannya.

“Saya dengan Pengasih ada buat satu perjanjian eksklusif untuk saya membuat rawatan pemulihan di sini selepas kegagalan perkahwinan saya tempoh hari.

“Sebenarnya Pengasih pun dah banyak bantu saya dalam macam-macam hal. Perjanjian tersebut adalah saya memberikan komitmen bersama mereka setiap minggu. Saya rasa perlu lakukannya untuk diri saya,” katanya.
Dalam pada itu, Radhi berkata kisah silamnya juga banyak mengubah persepsi orang lain terhadap dirinya termasuklah kepercayaan.

“Bila dah ada cop kat dahi sebagai penagih memang agak sukar, saya pun baru bercerai tiga bulan. Jadi bila nak cakap mengenai sesuatu perkara itu sebagai ‘recovering addict’… Kadang-kadang kita selalu tidak menepati janji, bila bercakap kita jadi tidak ingat.
“Jadi kepercayaan (orang) kepada saya tu mungkin agak kurang, nanti bila cakap dah berhenti sekejap, nanti hisap lagi… Sebab dah pernah terjadi banyak kali.

“Saya tak salahkan keluarga bekas isteri mahupun dia sendiri sebab semuanya datang daripada saya,” jelasnya kepada HLive!

Radhi bercerai dengan isterinya, Nur Syahira Ayu Zahiri pada 25 Mac lalu. Pasangan ini berkahwin pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

Sebelum ini, Radhi pernah berkahwin dengan pelakon, Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia 14 tahun.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
 


Tag: radhi OAG, rumah pengasih, rawatan ketagihan, pemulihan, penagih, dadah, selebriti, artis



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.