PELAKON Datin Elvina Mohamad mengakui kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya selepas mengetahui berita suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan dikatakan telah ditahan polis Mei lalu.
Menurut Elvina, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang bersikap busuk hati dan meminta dia meninggalkan suami di saat lelaki itu mengalami kesusahan.
"Apabila mendapat berita suami saya ditahan oleh polis, sudah pasti saya dan keluarga bersedih.
"Namun selepas siasatan dilakukan kami tahu bahawa dia tidak bersalah sebaliknya ditahan hanya untuk menjadi saksi bagi membantu siasatan. Kebetulan, pihak tertuduh itu adalah rakan baiknya," katanya.
Elvina berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka syarikat pengurusan Mind Order di Kache's, Seksyen 26, baru-baru ini.
"Apa yang membuatkan saya lagi sedih bila suami ditahan adalah pada masa itu, baru saya tahu mana satu kawan dan mana lawan.
"Ada juga di kalangan kawan-kawan yang busuk hati, siap cakap padan muka dan minta saya tinggalkan suami. Sedangkan mereka tak tahu cerita sebenar," katanya kepada Gempak.
Elvina berkahwin dengan Haniff pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz dan majlis pernikahan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. - Teks: Rozaimi Zubaidi
Gempak
Mon Jul 16 2018
Menurut Elvina, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang bersikap busuk hati dan meminta dia meninggalkan suami di saat lelaki itu mengalami kesusahan. - Foto: Instagram Elvina
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
"Bila suami ditahan polis, baru saya tahu siapa kawan" - Datin Elvina
Pelakon Datin Elvina Mohamad mengakui kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya selepas mengetahui berita suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan dikatakan telah ditahan polis Mei lalu.
"Saya tak perasan" - Fasha Sandha ulas isu foto seksi
Baru-baru ini, sekeping foto milik pelakon cantik Fasha Sandha menjadi bualan apabila netizen mendakwa cara berpakaiannya terlalu seksi.
'Sibuk, tak sempat nak honeymoon' - Elvina
Pelakon muda, Datin Elvina Mohamad belum merancang untuk berbulan madu selepas selamat diijabkabulkan semalam.
Elvina Mohamad sah jadi isteri Datuk Haniff
Pelakon Elvina Mohamad, 23, sah bergelar isteri kepada usahawan juga selebriti permotoran Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, dengan sekali lafaz.
Tular gambar Fasha Sandha seksi malam berinai Elvina Mohamad
Sekeping gambar milik pelakon cantik Fasha Sandha menjadi bualan netizen apabila cara berpakaiannya dikritik kerana terlalu seksi.
'Kenal Haniff sebelum dapat Datuk lagi' - Elvina nafi kahwin sebab kejar pangkat
Pelakon muda Elvina Mohamad, 24, menegaskan keputusannya untuk berkahwin dengan Datuk Haniff Borhan, 32, bukan untuk mengejar kedudukan.
Untunglah! Kekasih hadiahkan Elvina kuda Argentina
Demi cinta, kekasih kepada pelakon Elvina Mohamad, Datuk Haniff Borhan telah menghadiahkannya seekor kuda baka Argentina.
Bakal jadi Datin muda, Elvina nikah 18 Mac
Pelakon muda, Elvina Mohamad, 23, mengesahkan bakal bernikah dengan seorang usahawan dan selebriti dunia permotoran Datuk Mohd Haniff Borhan, 33, pada 18 Mac depan.