Aktres jelita Blake Lively mengalami kecederaan di tangan di set 'The Rhythm Section'. Perkara itu memaksa pihak produksi menghentikan seketika penggambaran filem penyiasatan itu.
Penggantungan sementara penggambaran itu diumumkan penerbit Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli bagi pihak Paramount Pictures dan Global Road.
Lively cedera ketika melakonkan babak aksi dan kecederaannya dilaporkan serius dengan salah satu daripada jarinya patah.
Bagaimanapun, pasangan kepada pelakon Ryan Reynolds ini dijangka mampu meneruskan penggambaran dalam masa terdekat.
'The Rhythm Section' adalah siri pertama daripada novel Stephanie Patrick, hasil tulisan Mark Burnell.
Ia mengisahkan usaha seorang wanita membongkar kebenaran di sebalik nahas kapal terbang yang mengorbankan anggota keluarganya.
Filem arahan Reed Morano ini turut menampikan Jude Law dan dijadual ditayangkan pada 22 Februari 2019.
Astro Awani
Wed Dec 06 2017
Blake Lively dilaporkan patah jari ketika penggambaran The Rhythm Section. Gambar fail
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Blake Lively cedera, penggambaran The Rhythm Section ditangguh
Lively cedera ketika melakonkan babak aksi dan kecederaannya dilaporkan serius dengan salah satu daripada jarinya patah.