AKTOR tampan Hrithik Roshan telah dipilih sebagai aktor paling seksi Bollywood mengetepikan Shah Rukh Khan sekaligus menjadikan King Khan berada di tempat kedua.

Menerusi undian dilakukan Bollywoodlife.com itu Hritik menjadi pilihan di antara 10 nama bintang popular lain.

Hrithik telah mendapat 42% undian meninggalkan Shah Rukh Khan agak jauh di belakang dengan 21% undian.

Tempat ketiga menjadi milik aktor Salma Khan yang berbeza 2% undian di belakang Shah Rukh Khan.

Bagaimanapun menurut Bollywoodlife.com pemilihan Hrithik tidak mengejutkan kerana pakej lengkap dimiliki artor berusia 43 tahun tersebut.

Penampilan hariannya juga sering mendapat pujian pengikut di laman sosial selain filem lakonannya yang selalu mendapat kutipan box-office.

Selepas filem Kaabil mendapat kutipan pecah panggung pada 2017, kini peminat sedang menantikan kemunculannya dalam dua lagi filem terbaru, iaitu Krissh 4 dan Super 30.

Sumber: Bollywoodlife.com