Britney Spears kini dilaporkan sedang bercinta dengan seorang lelaki biasa.

Paparazi menyatakan, penyanyi yang terkenal dengan pelbagai kontroversi itu dilihat menghabiskan masa bersamanya semasa hari kekasih, minggu lalu.

Lalaki yang dikenali sebagai David itu berasal dari Atlanta dan bekerja sebagai penyelidik di sebuah pejabat guaman.

Menurut sumber, Spears mengenali David menerusi teman rapatnya.

Pada 14 Februari lalu, mereka meluangkan masa untuk makan malam bersama dan bermain golf di kawasan perumahan penyanyi itu.

Ini merupakan perhubungan pertama Spears selepas 3 tahun berpisah dengan bekas tunangnya, Jason Trawick.

Spears yang pernah berkahwin dengan Kevin Federline dikurniakan dua anak iaitu Sean Preston dan Jayden James.