ARMY (nama fandom BTS) sekalian, adakah anda bersedia ikat perut untuk membeli patung ‘Funko Pop! Rocks’ BTS?

Jika sebelum ini syarikat pengeluar patung Barbie, Mattel mengumumkan pelancaran patung #BTSDollsOfficial, kali ini pula ialah kolaborasi di antara BTS dan Funko yang bakal dilancarkan April ini.

Pengumuman tersebut dibuat pada Jumaat di New York Toy Fair 2019 oleh Funko.

Setiap anggota BTS iaitu Rap Monster (RM), Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, and Jungkook ada patung sendiri.

Pakaian patung kecil ini pula seolah-olah dicipta berdasarkan kostum yang dipakai ketujuh-tujuh anggota BTS dalam sesi penggambaran album terbaharu mereka “Love Yourself: Answer”.





ARMY boleh ‘pre-order’ patung tersebut di entertainmentearth.com dan di barnesandnoble.com.


Rap Monster (RM)


Jin

Suga

J-Hope

Jimin

V

Jungkook


Apa pendapat anda tentang patung-patung ini?

Adakah ARMY hanya akan membeli patung ‘bias’ anda atau ketujuh-tujuh mereka?

Kongsikan pendapat anda di bahagian komen di bawah!