PEMINAT tegar K-pop terutamanya ARMY (nama fandom BTS) pasti teruja dengan kemenangan kumpulan kegemaran anda itu pada hujung minggu lepas!

Golden Disk Awards (GDA) 2019 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Januari lalu menyaksikan kumpulan K-pop terkemuka tersebut menang besar.

BTS membawa pulang enam trofi termasuk anugerah utama iaitu Anugerah Daesang (Album Terbaik 2019).

“Kita menerima anugerah ini bagi pihak semua ARMY. “2018 merupakan tahun di mana kerja keras kita selama ini membuahkan hasil,” kata RM di majlis tersebut yang bertempat di Gocheok Sky Dome, Seoul.




Ini merupakan kali kedua BTS memenangi anugerah tersebut dengan album 'Love Yourself: Answer' dan pada tahun sebelumnya dengan album 'Love Yourself: Her'.

Pemenang Anugerah GDA 2019 dipilih berdasarkan jualan album dan aliran digital yang dicatat antara Disember 2017 dan November 2018.

Sebanyak 10 artis, termasuk BTS, EXO, dan juga ahli kumpulan SHINee, Jonghyun meninggal dunia turut menerima anugerah utama.

Jonghyun meninggal dunia pada Disember 2017 kerana membunuh diri.